Wednesday, January 8, 2014

Salam Perkenalan dari ANM Catering

Salam perkenalan dari kami di ANM Catering. 

ANM Catering atau di kenali juga sebagai Ustaz Ahmadi Catering telah beroperasi selama 15 tahun didalam Industri Makanan dan Katering. ANM Catering berpusat di Sabak Bernam, Selangor. Perkhidmatan kami boleh di perolehi di sekitar Hilir perak, lembah Klang hingga ke Negeri Sembilan. Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk segala jenis Jamuan rasmi atau tidak rasmi, Kenduri-kendara sehingga Majlis Perkahwinan. Kami menjanjikan kepada setiap pelanggan servis perkhidmatan dan makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Mari kita lihat serba sedikit latar belakang Pengasas dan teraju-teraju utama di ANM Catering. 


Ustaz Haji Ahmadi dan Hajah Aminatun.

Ustaz Haji Ahmadi adalah bekas Guru di Sekolah naugan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah berkecimpung didalam perniagaan katering selama 20 tahun. Beliau menumpukan sepenuh nya di dalam perniagaan ini selepas bersara dari perkhidmatan pada tahun 2000. Beliau pada waktu itu dibantu oleh isteri beliau Hajah Aminatun yang bertanggungjawab sebagai Ketua Operasi Dapur dan anak kedua beliau Puan Hanani sebagai Pengurus Pentadbiran dan Pemasaran.


Puan Norhanani Ahmad dan En. Rizuan Ghazali

Puan Hanani adalah anak kedua Ustaz Ahmadi dari empat adik beradik. Beliau bertindak sebagai Pengarah Urusan di ANM Catering setelah Ustaz Ahmadi menyerahkan tanggungjawab pengurusan kepada beliau pada tahun 2011. Suami beliau pula En. Rizuan bertanggungjawab sebagai Pengurus Jualan dan Pemasaran. Mempunyai 4 orang cahaya mata lelaki tidak menghalang mereka dari menguruskan perniagaan keluarga sehingga berjaya dan dikenali hari ini.

Ini pula adalah sebahagian Warga ANM Catering yang banyak membantu pihak pengurusan dalam mentadbir ANM Catering. Juga para pekerja yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu majlis.



Kami warga ANM Catering amat lah berbesar hati sekira nya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada anda. KAMI SEDIA BERKHIDMAT.

No comments:

Post a Comment