Thursday, January 9, 2014

Perkhidmatan ANM Catering

Kami menyediakan semua jenis perkhidmatan katering yang diperlukan di dalam menjayakan sesuatu majlis. Antara nya menyediakan santapan beradap untuk pengantin, Dome dan hiasan meja bagi VIP/VVIP. Pelayan adalah di sediakan bagi setiap majlis rasmi, perkahwinan atau jamuan-jamuan khas.


Gambar-gambar di antara majlis yang pernah kami laksanakan. 
Peralatan, persembahan dan juga layanan yang istimewa dari ANM Catering
















Wednesday, January 8, 2014

MENU & PACKAGE CATERING









Harga Pakej bermula serendah RM8.00 hingga ke RM12.00. Pelanggan boleh memilih menu mereka sendiri. Percuma samada bubur kacang, makan beradap ataupun hidangan Dome untuk VIP bagi mereka yang membuat tempahan untuk 1500 orang ke atas.

Salam Perkenalan dari ANM Catering

Salam perkenalan dari kami di ANM Catering. 

ANM Catering atau di kenali juga sebagai Ustaz Ahmadi Catering telah beroperasi selama 15 tahun didalam Industri Makanan dan Katering. ANM Catering berpusat di Sabak Bernam, Selangor. Perkhidmatan kami boleh di perolehi di sekitar Hilir perak, lembah Klang hingga ke Negeri Sembilan. Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk segala jenis Jamuan rasmi atau tidak rasmi, Kenduri-kendara sehingga Majlis Perkahwinan. Kami menjanjikan kepada setiap pelanggan servis perkhidmatan dan makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Mari kita lihat serba sedikit latar belakang Pengasas dan teraju-teraju utama di ANM Catering. 


Ustaz Haji Ahmadi dan Hajah Aminatun.

Ustaz Haji Ahmadi adalah bekas Guru di Sekolah naugan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah berkecimpung didalam perniagaan katering selama 20 tahun. Beliau menumpukan sepenuh nya di dalam perniagaan ini selepas bersara dari perkhidmatan pada tahun 2000. Beliau pada waktu itu dibantu oleh isteri beliau Hajah Aminatun yang bertanggungjawab sebagai Ketua Operasi Dapur dan anak kedua beliau Puan Hanani sebagai Pengurus Pentadbiran dan Pemasaran.


Puan Norhanani Ahmad dan En. Rizuan Ghazali

Puan Hanani adalah anak kedua Ustaz Ahmadi dari empat adik beradik. Beliau bertindak sebagai Pengarah Urusan di ANM Catering setelah Ustaz Ahmadi menyerahkan tanggungjawab pengurusan kepada beliau pada tahun 2011. Suami beliau pula En. Rizuan bertanggungjawab sebagai Pengurus Jualan dan Pemasaran. Mempunyai 4 orang cahaya mata lelaki tidak menghalang mereka dari menguruskan perniagaan keluarga sehingga berjaya dan dikenali hari ini.

Ini pula adalah sebahagian Warga ANM Catering yang banyak membantu pihak pengurusan dalam mentadbir ANM Catering. Juga para pekerja yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu majlis.



Kami warga ANM Catering amat lah berbesar hati sekira nya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada anda. KAMI SEDIA BERKHIDMAT.

Tuesday, January 7, 2014

2014 Kini Bermula

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahhim, saya memulakan ayat sebagai permulaan penulisan di blog ANM CATERING ini. Semoga Allah memberkati kita..AMIN.

Juga kami warga ANM Catering ingin mengucap Selamat Tahun Baru 2014 yang baru saja mencecah usia 7 hari kepada semua pembaca.

Semoga di tahun yang baru ini bersama azam dan semangat yang baru ini kita bersama-sama berusaha untuk menjadi yang lebih dan mencapai segala yang di harapkan berlaku pada tahun ini. In sya allah segala nya akan lebih baik di tahun ini. Amin